Daripada
Abu Hurairah RA katanya : “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda :
“Demi Allah sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan bertaubat kepadanya
di dalam sehari lebih daripada 70 kali.”Bukhari
Huraian
Hadith:
1. Rasulullah
SAW menggalakkan umatnya supaya banyak beristighfar dan bertaubat, kerana
baginda SAW sendiri walaupun tidak berdosa dan merupakan hamba pilihan, baginda
bertaubat lebih dari 70 kali sehari.
2. Setiap
induvidu yang melakaukan dosa samada dosa kecil atau besar wajiblah bertaubat
supaya tidak dikira berterusan melakukan perbuatan dosa
itu.
3. Bertaubat
dan beristighfar secara berterusan akan menghapuskan dosa yang dilakukan secara
tidak disedari.
4. Sebagai
hamba Allah kita hendaklah bertaubat dengan mengikut syarat-syarat taubat
seperti berikut:
i)
Berazam dan bertekad untuk
meninggalkan (tidak akan mengulangi lagi) perbuatan dosa yang telah dilakukan.
ii)
Kesal (menyesali) dan berduka di
dalam hati terhadap perbuatan dosa yang dibuat.
iii)
Bersegera meninggalkan dosa yang
telah dilakukan semata-mata kerana Allah.
iv)
Jika dosa yang dilakukan berkaitan
dengan orang lain, syaratnya ia wajib membebaskan dirinya dari hak yang bukan
miliknya untuk dikembalikan kepada yang berhak atau minta dihalalkan, ini
bererti jika berupa harta benda wajib dikembalikan. Jika berupa fitnah, ghibah
(umpatan), penghinaan, cacian, kutukan, laknat dan kezaliman, maka wajib
meminta maaf daripada orang tersebut terutama terhadap kezaliman yang dilakukan
kepadanya.
Sumber : Emel Pelajar UUM
0 Pengomen Terbaik:
Post a Comment