Menolong Orang Zalim dan Yang Dizalimi



Daripada Anas RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Tolonglah saudara kamu yang zalim atau yang dizalimi”, berkata seorang lelaki, “Wahai Rasulullah, aku akan menolongnya jika ia dizalimi, bagaimana pula aku akan menolongnya jika dia seorang yang zalim?” jawab baginda, “Engkau boleh menahannya daripada melakukan kezaliman, maka yang demikian bererti engkau menolongnya”.
H.R Bukhari

Huraian Hadith

1.    Orang Islam wajib menolong saudaranya yang dizalimi.

2.    Orang Islam wajib menahan dan mencegah saudara seagamanya daripada melakukan kezaliman. Inilah yang dimaksudkan dengan menolong saudara yang zalim, kerana dengan menghalangnya daripada berbuat kezaliman bererti kita telah menyelamatkannya  daripada dosa dan azab.

3.    Islam ialah agama yang menentang kezaliman dalam apa-apa bentuk sekalipun, sama ada berpunca daripada orang-orang Islam sendiri atau daripada yang bukan Islam.

Sumber : Emel Pelajar UUM

0 Pengomen Terbaik:

Post a Comment

 

Dek Deng Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template