Jauhi perbuatan yang mengundang bala



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya apabila manusia melihat manusia lain melakukan kezaliman lalu tidak melarangnya, maka dikhuatiri Allah akan menimpakan azab-Nya secara umum tanpa ada yang terselamat sama ada yang melakukan kezaliman atau yang melihatnya tanpa mencegahnya.”                                
(H.R Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Huraian Hadis: 

1.    Kemungkaran yang dilakukan oleh seseorang hamba seolah-olah individu itu menadah tangan memohon kepada Allah SWT supaya menurunkan bala kepadanya atau menarik nikmat yang ada padanya sama ada nikmat itu berbentuk kesihatan, keamanan, keseronokan dan sebagainya. Sesungguhnya bala Allah SWT akan menimpa hamba-hambanya yang melakukan maksiat atau kemungkaran dan yang bersekongkol dengan orang yang melakukannya.

2.    Selaku umat Islam kita hendaklah sentiasa berwaspada supaya tidak terlibat dengan perbuatan-perbuatan yang salah sama ada di sisi agama kerana semuanya ini akan memberikan imej yang tidak baik terhadap Islam di samping menunjukkan contoh yang buruk kepada yang bukan Islam.

3.    Sesuatu kemungkaran yang kita mengetahui atau melihatnya adalah menjadi kewajipan kepada kita untuk menegurnya sama ada dengan kuasa yang ada pada kita atau dengan lidah atau dengan bertindak membencinya di dalam hati.

Sumber : Emel Pelajar UUM

0 Pengomen Terbaik:

Post a Comment

 

Dek Deng Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template