Daripada
Jabir bin Abdullah r.a. katanya:”Rasulullah SAW bersabda
“Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang dibawanya”.

(Riwayat
Ahmad)
Huraian
1. Makruf
adalah segala perkara yang diketahui umum tentang kebaikannya sama ada dari
segi syarak atau dari segi adat (yang tidak bercanggah dengan syarak). Manakala
perkara yang mungkar pula adalah sebaliknya.
2. Setiap
mukmin hendaklah sentiasa bermuka manis dan berbudi bahasa tinggi semasa
berhubung dengan orang lain kerana hal ini juga dianggap sebagai satu sedekah.
Ini kerana senyuman dapat mempengaruhi penampilan seseorang sehingga orang
merasa lebih dihargai.
3. Inilah
kelebihan Islam yang menggalakkan umatnya sentiasa mengamalkan akhlak karimah
dan memperincikan setiap ajarannya dari setiap sudut termasuklah berkaitan
dengan senyuman.
Sumber : Emel Pelajar UUM
0 Pengomen Terbaik:
Post a Comment