Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.
Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.
(Riwayat Ibnu Hibban)
Huraian Hadis:
1. Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh
Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting
iaitu:
a) Wanita yang solehah - iaitu isteri yang
baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumah tangga dengan sempurna.
b) Rumah yang luas yang boleh memberikan
keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat
melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.
c) Jiran yang baik kerana jiran merupakan
orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik
dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu
boleh bertukar seakan-akan sebuah keluarga yang kasih-mengasihi dan saling
mengambil berat di antara satu sama lain.
d) Kenderaan yang selesa kerana ia
memberikan kemudahan dalam segala urusan.
2. Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya
dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini
sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang
terdahulu.
3. Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin
mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana
perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut
berbeza.
Sumber : Emel Pelajar UUM
0 Pengomen Terbaik:
Post a Comment