Daripada Nawwas bin Sam'an al-Anshari
r.a katanya. Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebajikan
dan dosa. Sabda baginda: Kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah. Sedangkan
dosa adalah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, pada hal engkau
sendiri segan sekiranya perbuatanmu itu diketahui oleh orang lain.
(Riwayat Muslim)
Huraian Hadis:
1. Kebajikan adalah nilai luhur daripada
kehidupan sedangkan dosa bagaikan titik hitam yang merosakkan pandangan. Namun
kadang kala disebabkan nafsu, iman menjadi buta
sehingga seseorang itu cinta kepada
dosa dan menganggap bahawa segala sesuatu itu adalah wajar belaka.
2. Islam tidak memandang manusia bagaikan
malaikat tanpa kesalahan dan dosa sebagaimana Islam tidak membiarkan manusia
berputus asa daripada memohon keampunan daripada Allah SWT, biar betapa besar
pun dosa yang telah dilakukan itu. Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda yang
maksudnya: "Setiap anak Adam pernah berbuat kesalahan/dosa dan sebaik-baik
orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat (dari kesalahan
tersebut)."
3. Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya
menanggung dosa, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati
sedangkan mati itu tidak mengenal ketika dan usia seseorang. Oleh itu kita
dituntut supaya sentiasa beristighfar dan bersifat dengan sifat-sifat mahmudah
serta malu untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang sehingga
mencemarkan maruah diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.
Sumber : UUM Emel Student
0 Pengomen Terbaik:
Post a Comment