Sumber Imej : Google
“Sesiapa bersedekah seberat biji kurma daripada usaha yang baik,
dan tidak naik (sampai) kepada Allah melainkan yang baik, maka sesungguhnya
Allah menyambutnya dengan tangan kanan-Nya. Kemudian Allah memelihara sedekah
itu untuk pemiliknya, sebagaimana seorang kamu memelihara anak-anak kudanya
sehingga menjadilah sedekah itu setinggi gunung”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Huraian
1. Pemberian itu merangkumi sedekah dan
hadiah. Jika pemberian itu dimaksudkan sebagai satu cara untuk mendekatkan diri
kepada Allah, maka ia dinamakan sedekah, tetapi jika ia dimaksudkan sebagai
satu penghargaan, sanjungan dan tanda kasih maka ia dinamakan hadiah.
2. Allah menyuruh kita agar menginfakkan
harta dan memberi sedekah dengan harta yang halal dan melarang kita daripada
menginfakkan harta yang haram sebagaimana ia menyuruh kita agar memastikan
makanan, minuman, pakaian dan segala harta benda yang kita gunakan di dunia ini
datang daripada sumber yang halal.
3. Bersedekah adalah antara amalan sunat
yang dianjurkan dan digalakkan dalam Islam. Anjuran ini tidaklah hanya
ditujukan kepada orang-orang kaya sahaja, malah orang-orang yang kurang berada
pun dianjurkan bersedekah menurut kadar kemampuan masing-masing.
Sumber : Emel Pelajar
0 Pengomen Terbaik:
Post a Comment