Kunci Kemurahan Rezeki


Sumber imej : Google

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

 “Berilah (belanjalah) dan jangan kamu selalu menutupi kepunyaanmu, kerana dengan itu nanti Allah akan menutupi rezekimu”.

(Riwayat Bukhari & Muslim)

Huraian 

1.    Allah yang mewujudkan sifat belas kasihan dalam diri manusia bagi menggerakkan seseorang itu untuk bersedekah. Firman Allah SWT yang maksudnya "Bandingan (perbelanjaan/derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai: tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji benih. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah amat luas (rahmat) kurniaan-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya”.
               (al-Baqarah: 26)

2.    Syarat bersedekah adalah keikhlasan. Tidak kira wang ringgit atau sebagainya asalkan ia dapat memberi kesenangan terhadap orang yang memerlukannya kerana kesenangan (kekayaan) yang diberi oleh Allah kepada hamba-Nya merupakan satu perkongsian dan tanggungjawab terhadap sesama manusia di muka bumi ini.

3.    Sifat suka bersedekah lawannya adalah bakhil. Sifat bakhil dicetuskan oleh Allah kepada hamba-Nya yang lupa akan kewajipannya dan sangat cinta kepada harta kekayaannya.

4.    Demi mencari keredaan Allah kita hendaklah berusaha menghulurkan bantuan mengikut kadar kemampuan. Amalan bersedekah bukan sahaja dijanjikan ganjaran pahala oleh Allah SWT malah dapat mewujudkan perasaan kasih sayang sesama manusia.


Dibawah ini, saya sertakan bersama doa pembuka rezeki. Kita amalkan. Insyallah. Allah mendengar setiap doa hambanya. 
 Sumber Imej : Google



Sumber : Emel Pelajar

0 Pengomen Terbaik:

Post a Comment

 

Dek Deng Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template