Daripada Abdullah bin Umar r.a. katanya:
“Bahawasanya Umar bin al-Khattab telah bersedekah kuda fi sabilillah. Kemudian didapatinya kuda itu dijual orang dan dia bermaksud hendak membelinya. Namun sebelum itu dia pergi menemui nabi meminta nasihat baginda”.
Nabi bersabda kepadanya: “Janganlah engkau ambil kembali sedekahmu”.

(Riwayat al-Bukhari)
Huraian
1.
Orang yang paling hebat dan paling kuat adalah orang yang bersedekah tetapi
tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih,
tulus, dan ikhlas tanpa adanya unsur-unsur untuk menunjuk-nunjuk ataupun
keinginan untuk diketahui oleh orang lain.
2.
Naluri manusia yang tidak suci atau ikhlas akan mengakibatkan sifat riyak iaitu
untuk mendapat pujian, penghormatan, penghargaan, ucapan terima kasih dan
sebagainya yang akan menyebabkan sedekah yang dilaksakan menjadi sia-sia
di sisi Allah SWT.
3.
Menarik balik sedekah pula adalah satu perbuatan yang disifatkan oleh
Rasulullah SAW di dalam sebuah hadis sebagai memakan semula sesuatu yang telah
dimuntahkan oleh seseorang. Ini menunjukkan bahawa ia adalah perbuatan yang
buruk dan amat memalukan Sesungguhnya sedekah adalah penolak bala, penyubur
pahala, dan melipat ganda rezeki seseorang; sebutir benih menumbuhkan tujuh
tangkai, yang pada tiap-tiap tangkai itu terjurai seratus biji. Ertinya, Allah
yang Maha Kaya semestinya akan membalas setiap sedekah itu hingga tujuh ratus
kali ganda.
Sumber : Emel Pelajar
0 Pengomen Terbaik:
Post a Comment