Hadis:
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah SAW
bersabda, “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap
perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki
hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka
hendaklah ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini.”
Riwayat Bukhari dan Muslim
Huraian
1. Kelebihan orang yang berpuasa bukan
sahaja terletak kepada menahan makan, minum, perkara-perkara yang
membatalkan puasa, tetapi menjaga setiap anggota daripada melakukan perkara
yang menghilangkan pahala puasa seperti menjaga lidah daripada mengeluarkan
perkataan-perkataan yang sia-sia, mengumpat dan berbohong.
2. Orang yang berpuasa hendaklah banyak
bersabar dalam menerima dugaan dan ujian daripada Allah SWT. Sekiranya mereka
dimaki hamun dan diajak berkelahi oleh seseorang maka hendaklah ia berkata “aku
berpuasa”.
3. Untuk mengelak daripada melakukan
perkara yang akan merosakkan pahala puasa, maka kita digalakkan agar banyak
beristighfar kepada Allah SWT, berzikir, membaca
al-Quran dan berselawat kepada Nabi SAW dan sebagainya
al-Quran dan berselawat kepada Nabi SAW dan sebagainya
Sumber : Emel pelajar UUM
0 Pengomen Terbaik:
Post a Comment