Ganjaran Puasa Ramadan




Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata: Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (daripada mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk (kasturi).”     
Riwayat Bukhari & Muslim

Huraian

1.    Ibadah puasa, sembahyang, zakat, dan haji merupakan perkara “dharuriah” dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari kewajipannya boleh berlakunya kufur, manakala sesiapa yang meninggalkan semua ibadah tersebut tanpa keuzuran yang di benar oleh syarie, bolehlah dihukum ke atasnya.

2.    Ibadah puasa mewajibkan kita memelihara dan mendidik nafsu syahwat supaya tidak melakukan perkara-perkara yang haram dan juga perkara-perkara yang harus sebelumnya.

3.    Bulan Ramadan dikenali juga sebagai bulan prestasi, di mana Allah memberikan kesempatan kepada orang-orang yang beriman untuk memperbaiki darjatnya di sisi Allah SWT bahkan di bulan ini semua aktiviti yang harus di sisi syarak dikira sebagai suatu ibadah kepada Allah SWT.

4.    Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah SWT semata-mata akan dibalas dengan sepuluh kebajikan atau sehingga tujuh ratus kali ganda. Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadan dan diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun.

5.    Ramadan adalah bulan ibadah dengan digandakan pahala untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang dilakukan oleh para salafus-soleh. Sepatutnya kita tidak melepaskan peluang untuk melaksanakan ibadah sebanyak yang mungkin sama ada ibadah itu berbentuk wajib atau sunat. Semoga bulan Ramadan kita tidak berlalu tanpa amal soleh.


Sumber : Emel pelajar UUM

0 Pengomen Terbaik:

Post a Comment

 

Dek Deng Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template