Puasa Sunat Wajib dengan Keizinan Suami



Daripada Abu Hurairah r.a., katanya, Nabi SAW bersabda: “Seorang wanita janganlah berpuasa (sunat) ketika suaminya ada, melainkan dengan izin suaminya; dan janganlah dia membolehkan orang lain masuk ke rumahnya melainkan dengan izin suaminya; dan sesuatu yang disedekahkan isteri daripada hasil usaha suaminya tanpa perintah suami, pahalanya seperdua bagi suami.”                                                                     
Riwayat Muslim

Huraian

1.    Hadis ini sebagai dalil bahawa haram atas isteri mengerjakan puasa sunat melainkan dengan izin suaminya.

2.    Sekiranya seseorang perempuan itu, suaminya tidak ada bersama kerana pergi keluar negeri dan tidak akan pulang pada hari beliau berpuasa sunat, maka boleh mengerjakan puasa sunat walaupun tanpa mendapat keizinan daripada suaminya.

3.    Patuh kepada suami bagi sesuatu perkara yang tidak bertentangan dengan syarak adalah wajib dan tidak boleh diabaikan walaupun ingin melakukan perkara-perkara sunat.

Sumber : Emel Student UUM

0 Pengomen Terbaik:

Post a Comment

 

Dek Deng Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template