Hadis:
Ibnu Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda
maksudnya: “Apabila seseorang kamu dijemput kepada jamuan makan hendaklah ia
menghadirinya. Jika ia tidak berpuasa hendaklah ia makan dan jika ia berpuasa
hendaklah ia berdoa untuk keberkatan yang
menjemput.”
Riwayat at-Thabrani
Huraian
1. Hukum memenuhi jemputan ke majlis atau
jamuan adalah wajib (pada hari pertama) sekiranya majlis itu tiada
perkara-perkara maksiat atau makruh di dalamnya dan tiada keuzuran syarie.
2. Tuntutan ini wajib kerana ianya
adalah satu hak daripada hak-hak Muslim.
3. Individu yang mempunyai keuzuran
seperti sakit, “musyaqqah” (kesulitan) kerana terlalu jauh, tiada kenderaan dan
tidak selamat dalam perjalanan, dibenarkan oleh syarak tidak menghadirinya.
4. Undangan yang haram menghadirinya
kerana ada perkara mungkar seperti disediakan minuman arak, makanan yang haram
atau daripada sumber yang haram, mengadakan majlis tari-menari, alunan daripada
alat-alat atau bunyi-bunyian yang haram, bercampur aduk lelaki dan perempuan
dan sebagainya.
5. Golongan yang berpuasa juga wajib
menghadirinya sekiranya tidak ada keuzuran dan perkara-perkara yang haram dalam
majlis tersebut. Manakala makan makanan yang dihidangkan adalah harus.
Sumber : UUM student emel.
0 Pengomen Terbaik:
Post a Comment