Hadis:
Daripada Aisyah r.a., “Bersabda Rasulullah SAW kepadaku
pada suatu hari: “Wahai Aisyah! Adakah di sisi kamu sesuatu pun (untuk
dimakan)?” Aisyah r.a. berkata: “Wahai Rasulullah! Tidak ada sesuatu pun (untuk
dimakan)” Baginda bersabda “(Jika begitu) maka aku
berpuasa”
Riwayat Muslim
Huraian
1. Latihan jiwa dengan melaksanakan ibadah
puasa akan menyebabkan manusia hampir kepada Allah dan lantaran ia dekat kepada
Allah doanya mudah diperkenankan. Sebab itulah
orang yang berpuasa digalakkan untuk
banyak berdoa.
2. Ibadat puasa bukan sahaja menggandakan
pahala untuk orang yang taat melakukannya tetapi ia menambah kekuatan spiritual
melalui sifat ikhlas.
3. Ibadah puasa mempunyai hubungan hanya
manusia dengan Allah SWT. Oleh yang demikian ibadah puasa akan menanam sifat
jujur dan ikhlas dalam diri sendiri hanya kepada Allah SWT.
4. Islam menggalakkan umatnya supaya
berjinak-jinak dengan puasa sunat lebih-lebih lagi puasa di bulan Rejab dan
Syaaban yang mempunyai banyak kelebihannya di samping dapat membantu
meningkatkan kekuatan dan persediaan dalaman sebelum tibanya puasa wajib di
bulan Ramadan.
Sumber : Emel Student UUM
0 Pengomen Terbaik:
Post a Comment