Rasulullah
SAW bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.”
“Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.”
(Riwayat
Muslim)
Pengajaran Hadis:
1. Setiap
manusia nilainya yang paling utama terletak pada amal perbuatan yang
dilakukannya bukanlah pada rupa parasnya. Jika baik tingkah lakunya maka
baiklah dia pada pandangan kita, begitulah sebaliknya.
2. Namun
pada pandangan Allah SWT selain daripada tingkah laku dan amalan, nilai yang
terpenting adalah pada niat orang yang melakukan sesuatu amal perbuatan itu
sendiri.
3. Maksud
niat di sini adalah tujuan sesuatu perkara dilakukan iaitu sejauh mana
keikhlasannya kerana sesuatu kebaikan yang ada “udang di sebalik batu” tidak
boleh dikategorikan sebagai ikhlas di mana maksud ikhlas tersebut ialah membuat
sesuatu kebaikan semata-mata kerana kebaikan itu sendiri dan tidak mengharapkan
balasan selain daripada balasan Allah SWT.
4. Lawan
ikhlas adalah riyak iaitu membuat sesuatu kebaikan dengan tujuan (niat) untuk
menunjuk-nunjuk (mengampu atau membodek). Sifat ini akan menolak pahala
daripada Allah SWT.
5. Seorang
yang ikhlas dalam kerjanya bererti dia tidak akan melaksanakan kerja yang
diamanahkan itu sekadar melepaskan batuk di tangga atau bukan semata-mata
kerana upah yang diterimanya setiap bulan bahkan dia menganggap kerjanya itu
sebagai satu ibadah di mana wajib ke atasnya melaksanakan tanggungjawabnya itu
dengan sempurna dan memuaskan.
6. Bekerja
dengan niat yang ikhlas akan meningkatkan produktiviti dan dapat menghasilkan
kerja-kerja yang bermutu di mana keikhlasan akan dapat menjamin kehidupan yang
mulia di dunia dan akhirat.
Sumber : Emel Pelajar
0 Pengomen Terbaik:
Post a Comment