Mentauhidkan Allah SWT



Daripada  Abu Sufian ya`ni Sahri ibni Harbin RA dalam ceritanya yang panjang lebar berhubung dengan kisah Hirqal (Raja Rom). Tanya Hirqal, “Apa yang diperintahkan kepada kamu (ya`ni Nabi SAW)?” Jawab Abu Sufian : Dia (ya`ni Nabi) berkata “Sembahlah Allah Yang Esa dan jangan menyekutukannya (Allah) dengan sesuatu apa pun. Tinggalkan semua ajaran nenek moyang kamu dan dia (Nabi) menyuruh kami bersembahyang, bercakap benar, memelihara diri daripada kemungkaran dan menghubungkan silaturahim.” (H.R Bukhari dan Muslim)
                                           
Huraian Hadis: 

  1. Rasulullah sentiasa bersikap benar walaupun bersama orang-orang kafir, sehingga diakui oleh musuh, kerana Abu Sufian, pada masa pertemuan dengan Hirqal masih merupakan seorang kafir dan memusuhi Rasulullah SAW.

  1. Tunjang Islam adalah mengesakan Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu makhluk.

  1. Berpegang dan beramal dengan kepercayaan jahiliah (selain Islam) dalam masalah agama adalah dilarang dan boleh membawa kepada murtad.

  1. Seruan Islam itu adalah untuk seluruh manusia dan jin.

  1. Tauhid (beriman) kepada Allah adalah perkara pokok dalam akidah Islam. Manakala menyekutukan Allah dengan sesuatu adalah terkeluar daripada akidah Islam. 
 Sumber : Emel Student UUM

0 Pengomen Terbaik:

Post a Comment

 

Dek Deng Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template