Daripada
Abdullah bin Abbas dan Anas bin Malik RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Andai
kata seseorang anak Adam telah mempunyai satu lembah emas nescaya dia ingin
pula hendak mempunyai dua lembah. Dia tidak akan puas dengan harta dunia
sehingga akhir hayatnya (mulutnya dipenuhi tanah) dan Allah Taala menerima
taubat hamba-Nya yang benar-benar bertaubat.” Bukhari dan Muslim
Huraian
Hadith:
1. Setiap
manusia dikurniakan nafsu dan individu itu mesti menguruskannya menurut syara’
supaya tergolong dari golongan yang diredhoi oleh Allah SWT ketika hidup di
dunia dan di akhirat kelak.
2. Untuk
mengurus nafsu mengikut syara’ mestilah seseorang individu itu belajar
berkaitan dengan pengurusan nafsu melalui dua sumber iaitu al-Quran dan
Sunnah.
3. Nafsu
yang tidak diurus mengikut syara’ pastinya individu itu akan rakus dengan
keindahan dunia, dengan mengejar harta, pangkat, kasih sayang dan sebagainya,
walaupun dengan cara yang haram dan dicela oleh Allah SWT seperti rasuah,
budaya mengampu, riba, menipu, mendapat keuntungan dari program yang dilarang
oleh syara’ dan sebagainya.
4. Manusia
yang diurus oleh nafsu pastinya tidak akan rasa cukup dengan hal ehwal
berkaitan dengan harta dunia (tidak bersifat qanaah), sentiasa sibuk berusaha
untuk menambah dan mengumpulnya hinggalah malaikat Izrail datang kepadanya.
5. Sebaliknya
individu yang pandai mengurus nafsu sentiasa melakukan sesuatu benda yang
berkaitan dunia hanya sebagai umpan untuk mencari keindahan dan kenikmatan yang
sebenar iaitu kehidupan yang abadi di akhirat kelak.
6. Namun
demikian golongan yang mengejar hawa nafsu ini masih lagi diberi peluang untuk
bertaubat selagi nyawa belum sampai ke halkum.
Sumber : Emel Sudent UUM
0 Pengomen Terbaik:
Post a Comment