Hadis:
Daripada Aisyah r.a., katanya: “Rasulullah SAW sering
berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan
baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku
tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan
Ramadan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan
yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.”
Riwayat Bukhari
Huraian
1. Syaaban
ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang
Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air
sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab
dimaksudkan berpecah adalah sebagai tanda pemisah di antara bulan Rejab dan
Ramadan.
2. Sebahagian
ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk
meminta ampun daripada segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk
memperbaiki diri daripada segala macam celaan dan pada bulan Ramadan adalah
masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
3.
Amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban seperti memperbanyakkan puasa
sunat. Memperbanyak doa, zikir, membaca selawat kepada Rasulullah SAW,
bertaubat dan meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu
Syaaban.
Sumber : Emel Student UUM
0 Pengomen Terbaik:
Post a Comment