Daripada
Abu Hamzah Anas bin Malik al-Ansari RA – khadam Rasulullah SAW – menerangkan
bahawa Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya Allah lebih gembira
menerima taubat hamba-Nya ketika dia bertaubat kepada-Nya, daripada kegembiraan
seseorang yang mengendarai binatang tunggangannya, kemudian binatang tunggangan
itu hilang di padang yang luas, sedangkan di atas binatang itu bekalan makanan
dan minumannya hingga dia rasa berputus asa daripada menemuinya kembali. Lalu
dia berteduh di bawah sepohon kayu dengan perasaan putus asa daripada
mendapatkannya kembali. Dalam keadaan itu, tiba-tiba muncul di sisinya binatang
tunggangannya yang hilang tadi dan dengan segera dia memegang talinya seraya
berkata dengan penuh gembira, “Ya Allah, Engkaulah hambaku dan aku tuhanmu,”
dia tersalah sebut kerana terlalu gembira. (Sebenarnya apa yang hendak disebut
ialah Engkaulah tuhanku dan aku hambamu). Bukhari dan Muslim
Huraian
Hadith:
1.
Gembira bagi manusia adalah perasaan
yang timbul dalam hati disebabkan tercapainya apa yang diingini manakala bagi
Allah gembira adalah salah satu sifat yang layak bagi-Nya dan ia bukan
seperti kegembiraan makhluk.
2.
Allah swt suka menerima taubat
hamba-Nya dan menyuruh mereka sentiasa bertaubat dan penerimaan taubat hamba
adalah salah satu rahmat Allah yang besar.
3.
Kesalahan yang tidak disengajakan
tidak dianggap salah dan tidak berdosa.
4. Allah sangat gembira
menerima taubat seorang hamba melebihi kegembiraan orang yang mendapat kembali
barang yang disayanginya.
Sumber : Emel Pelajar UUM
0 Pengomen Terbaik:
Post a Comment