Daripada Aisyah r.a. katanya; Rasulullah SAW bersabda:
“Tiada amalan anak Adam pada hari Aidiladha yang disukai Allah selain daripada
menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang
melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya,
tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu
tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu,
berkorbanlah dengan senang hati”.
Riwayat at-Tirmidzi dan Ibnu Majah
Huraian Hadis:
1. Korban adalah salah satu ibadat yang paling disukai Allah SWT yang
dilakukan oleh hamba-Nya semata-mata kerana Allah dan mengharapkan
keredaan-Nya.
2. Binatang-binatang korban akan datang pada hari kiamat nanti kepada orang
yang melakukannya dengan keadaan seperti asalnya.
3. Darah korban itu terlebih dahulu jatuh ke tempat yang disediakan oleh Allah
SWT sebelum ianya jatuh ke tanah. Darah yang menitis jatuh menjadi
keampunan bagi dosa yang telah lalu.
4. Islam menggalakkan umat-Nya agar berkorban dengan binatang yang disayangi
dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.
Sumber : Emel Pelajar UUM
0 Pengomen Terbaik:
Post a Comment