Fadilat dan Hikmah Korban



Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu”.
Riwayat at- Tirmidzi

Huraian Hadis: 

1.    Korban atau “Udhiah” bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu, biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijah) dan pada hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

2.    Antara hikmahnya seperti memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s. terhadap perintah supaya mengorbankan anaknya. Melahirkan tanda bersyukur terhadap nikmat-nikmat-Nya yang melimpah-ruah dan menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

3.    Fadilat yang diperoleh daripada ibadah korban amat besar seperti menambah amal kebajikan, sebagai penebus dosa dan mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.


Sumber : Emel Pelajar UUM

0 Pengomen Terbaik:

Post a Comment

 

Dek Deng Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template