Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. katanya: Rasulullah
SAW bersabda, maksudnya: "Berpuasalah kamu pada hari ‘Asyura’ dan buatlah
perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau
sehari selepasnya."
Riwayat Ahmad
Huraian Hadis:
1. Berpuasa pada hari Tasu`a' (sembilan Muharam) untuk membezakan amalan
orang-orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari `Asyura' (sepuluh Muharam)
sahaja.
2. Maksud menyambung puasa hari `Asyura' dengan satu hari puasa yang sebelum
atau selepasnya sekiranya berlaku pada hari Jumaat (makruh puasa sehari sahaja
pada hari Jumaat tanpa disambung dengan yang sebelum atau selepasnya).
Sumber : Emel Pelajar UUM
0 Pengomen Terbaik:
Post a Comment