Daripada
Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Jangan dengki-mendengki,
jangan tawar-menawar untuk mengelirukan orang lain, jangan benci-membenci,
jangan pulau-memulau dan jangan kamu membeli barang yang telah dibeli oleh
orang lain. Jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah
bersaudara dengan orang Islam yang lain. Tidak boleh menzalimi, merendah-rendah
dan menghinanya. Takwa adalah di sini, nabi mengisyarat tiga kali. Cukup
seseorang itu dianggap jahat sekiranya dia menghina saudaranya sesama Islam.
Setiap orang Islam ke atas orang Islam diharamkan darahnya, hartanya dan
maruahnya (hak kemuliaannya).”
H.R Muslim
Huraian Hadith:
1. Orang
Islam tidak boleh bersifat dengki-mendengki, benci-membenci dan pulau memulau
antara satu dengan lain.
2. Orang
Islam tidak boleh membuat spekulasi harga yang bertujuan menipu orang ramai
dalam urusan perniagaan.
3. Orang
Islam berkewajipan menjaga kepentingan orang Islam yang lain.
4. Hasad
dengki adalah haram kerana seolah-oleh menentang ketentuan Allah SWT.
5. Memulaukan
saudara seagama dengan tidak bertegur sapa lebih daripada tiga hari adalah
haram kecuali kerana sebab-sebab yang diharuskan.
7. Islam
ialah agama yang sempurna merangkumi aqidah, syariah (muamalah dan ibadah) dan
akhlak, tidak sempurna salah satunya tanpa yang lain, kesemuanya terkumpul
dalam satu kalimat iaitu “takwa” yang tempatnya ialah jantung hati.
Sumber : Emel Pelajar UUM
0 Pengomen Terbaik:
Post a Comment