Berpuasa Pada Hari Arafah



Diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a. bahawa Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang."
Riwayat Muslim

Huraian Hadis: 

1.            10 Zulhijah bakal menggamit lagi menandakan ketibaan Aidiladha bersama-sama dengan laungan tahmid memuji Allah di atas segala nikmat kurniaan-Nya termasuk nikmat berhari raya.

2.            Kemeriahan Aidiladha akan lebih terasa apabila umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji di Mekah bersama-sama menunaikan puasa sunat hari Arafah. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang.

3.            Islam sentiasa mengawal setiap tindak-tanduk umatnya di mana setiap amalan yang dikerjakan hendaklah bertepatan dengan kehendak syarak dan akan diberi ganjaran pahala termasuklah juga perkara-perkara yang harus.
 Sumber : Emel Pelajar UUM

0 Pengomen Terbaik:

Post a Comment

 

Dek Deng Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template