Sumber Imej : Google
Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: “Gambaran kehidupan orang yang beriman daripada segi kasih sayang, saling bersimpati dan saling cinta mencintai samalah seperti anggota tubuh yang jika salah satu daripadanya mengadu kesakitan, ia melibatkan seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan demam”.
(Riwayat Ahmad dan Muslim)
Huraian
1) Kerjasama merupakan kunci kejayaan
dalam segala aspek kehidupan. Semangat kerjasama boleh mewujudkan suasana
kehidupan yang harmoni dan stabil kerana ia mampu
menerbitkan kemesraan berkomunikasi,
berkasih sayang serta saling hormat-menghormati di antara satu sama lain.
2) Makhluk Allah adalah saling
perlu-memerlukan di antara satu sama lain kerana manusia tidak mungkin hidup
tanpa alam persekitarannya dan alam persekitaran pula tidak akan
membangun tanpa ada manusia yang
mengusahakannya.
3) Kejayaan Rasulullah SAW melahirkan
masyarakat yang berkasih sayang dapat dijadikan contoh yang paling baik bagi
mewujudkan suasana bekerjasama dalam masyarakat. Sikap dan
suasana positif yang dibentuk oleh
Rasulullah SAW menerusi pendidikan dan program motivasi yang berterusan dapat
mewujudkan individu yang berperibadi mulia dan kukuh sehingga naluri kerjasama
dan saling memerlukan itu mampu menggerakkan masyarakat Islam dan membawa
perubahan besar kepada tamadun dunia.
Sumber : Emel Pelajar
0 Pengomen Terbaik:
Post a Comment