Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah SAW
bersabda:
“Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan”.
“Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan”.
(Riwayat Bukhari)
Huraian
1. Firman Allah SWT yang maksudnya: “Dan
ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti
Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka
sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".
(Ibrahim: 7)
2. Sesungguhnya setiap nikmat itu wajib
disyukuri dan dengan mensyukuri nikmat-NYA akan menambahkan nikmat-nikmat yang
lain.
3. Sifat orang yang bersyukur ialah dengan
merasakan setiap nikmat milik Allah. Keyakinan ini dapat mengelak seseorang
daripada menjadi angkuh dan sombong dengan nikmat yang diperolehnya.
Sentiasalah mengucapkan alhamdulillah kerana nikmat Allah tidak terhitung
banyaknya berbanding ujian dan musibah. Setiap nikmat yang dikurniakan sepatutnya
menjadikan kita lebih patuh dengan suruhan dan larangan Allah dan meyakini
kekuasaan-NYA.
Sumber : Emel Pelajar
0 Pengomen Terbaik:
Post a Comment