Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah telah memilihku dan memilih untukku beberapa sahabat serta Ia jadikan di antara mereka menteri-menteriku, mentua-mentua dan menantu-menantuku, juga penolong-penolongku; oleh sebab itu sesiapa yang memburuk-buruk dan mencaci mereka, maka tertimpalah di atasnya laknat Allah dan Malaikat serta manusia seluruhnya; Allah tidak akan menerima daripadanya sebarang ibadat dan juga sebarang tebusan."
Riwayat Uwaimi bin Sa'idah
Pengajaran hadis:
1. Maksud sahabat-sahabat Rasulullah iaitu orang-orang yang hidup sezaman dengan baginda pernah melihat baginda dan beriman dengan Allah SWT.
2. Mereka merupakan pembantu-pembantu baginda yang bekerjasama dengan sepenuh hati dalam menyampaikan ajaran Islam serta mengembangkannya. Oleh itu mereka adalah orang yang layak mendapat kemuliaan dan penghormatan daripada seluruh umat Islam.
3. Sesiapa yang mencaci salah seorang daripada para sahabat Rasulullah SAW bererti ia telah mengingkari serta mendustakan kelebihan sahabat baginda yang telah perakui oleh baginda sendiri. Ini juga menunjukkan penghinaan kepada Rasulullah SAW yang boleh merosakkan akidahnya.
4. Cacian terhadap sahabat Rasulullah SAW adalah meliputi apa jua perkataan yang menyentuh sifat peribadi, aliran faham mazhabnya dan fahaman siasahnya.
5. Sesiapa yang didapati mencaci atau melaknat sahabat-sahabat baginda ia akan ditimpa laknat daripada Allah dan malaikat-Nya.
Sumber : Emel Pelajar
0 Pengomen Terbaik:
Post a Comment