Haram Mengkhianati Sesama Islam


Daripada Abu Hurairah katanya, sabda Rasulullah SAW, ”Seorang Muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, dia tidak harus mengkhianatinya, mendustakan atau mendustainya, tidak juga membiarkannya (tanpa menolong atau melindunginya). Menjadi kewajipan antara orang Islam menjaga kehormatan, harta dan darahnya. Taqwa adalah di sini (sambil mengisyaratkan ke dadanya). Sudah cukup seseorang itu untuk dianggap jahat sekiranya dia menghina saudaranya sesama Islam.” H.R at-Tirmizi
Huraian Hadith: 
1.    Menghina seorang muslim adalah dosa kerana muslim ada penghormatannya di sisi Allah SWT.
2.    Menjadi kewajipan orang Islam untuk memelihara dan menjaga maruah serta harta benda sesama saudara Islam yang lain.
3.    Taqwa bukan perbuatan yang boleh dilihat atau perkataan yang boleh didengar, taqwa adalah sifat yang tersemat dihati sanubari yang akan melahirkan perbuatan atau perkataan yang didorong oleh sifat itu.

0 Pengomen Terbaik:

Post a Comment

 

Dek Deng Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template