Sedikit pengalaman di Tanah Suci

Assalamualaikum.. 
Alhamdulilah.. 
Selama 2 minggu berada di tanah suci Mekah Al Mukaramah dan Madinah Al Munawarah. Syukur ke hadrat mu Ya Allah, kerana memberikan kami rezeki untuk menjejakkan kaki, beribadat di sana. Tak sangka begitu cepat aku dapat pergi kesana. Syukur .. Syukur.. Syukur..Alhamdulillah..

Pertama kali menjejakkan kaki ke kota Madinah, kota yang wajib dilawati jika melawat kota Mekah. Pertama kali memandang Masjid Nabawi, Subhanaallah, cantik. Tersangat cantik.. 

Masjid Nabawi, Madinah Al Munawarah

Masjid Al Haram , Mekah Al Mukaramah

Bila berada di Kota Mekah dan Kota Madinah, aku perhatikan orang Arab ini kasar, cara cakap dengan gaya tangan menunjukkan mereka betul - betul menyatakan kemarahan mereka terhadap sesuatu. Dalam kepala berfikir, kenapa garang sangat. Terasa takut bila berhadapan mereka. 

Namun, bila difikirkan semula secara positif, ada hikmahnya mereka bersikap kasar. Mereka berada di muka bumi yang suci. Pusat beribadat seluruh umat Islam di muka bumi. Ramai yang berfikiran negatif terhadap mereka. Diantara nya :

1. orang arab selalu bergaduh. 
2. orang arab cakap kasar
3. orang arab suka menipu.
4. orang arab tak pandai cakap English. 
dan macam - macam lagi... 

Mula - mula aku pun nampak apa yang orang cakapkan pada aku. Dan aku pun kena jugak. Tapi aku set kan  dalam kepala, dalam hati :
"tak pe, ni dugaan aku kat sini. sabar..jangan fikir negatif sangat. "

Dan entah macam mane, aku terfikir, ada sebabnya mereka kasar. 
1. Sebab ini muka bumi suci, mereka perlu menjaga kesucian muka bumi Allah. Maklum la, kalau ramai orang ni, banyak kerenahnya. Untuk menutup kerenah manusia, mereka perlu tegas dan kasar. 
2. Walaupun orang arab ni kasar, tapi yang aku salute kepada mereka ni, bila tiba waktu azan, tiap - tiap waktu solat, mereka akan tutup kedai mereka, tunaikan yang wajib. Tutup kedai bukan pakai kunci - kunci pun. Tak ade. Mereka cuma tutup depan kedai mereka dengan kain je. Itu dah cukup. Nampak kan betapa mereka pentingkan solat. Yang fardhu. Berlainan sikit dengan perniagaan di Malaysia, ada segelintir yang suka melewatkan solat, takut bisnes tak dapat untung. Merepek je kan. Rezeki itu datang dari Allah. 
3. Orang - orang disana, mengenakan pakaian yang cantik - cantik untuk mengadap Allah. Mula - mula agak terkejut melihat mereka pakai jubah yang paling murah berharga 100 Riyal ( dalam RM90), untuk solat fardhu. Bukan solat jumaat atau solat hari raya . Tapi solat fardhu. Dan akhirnya, tiba - tiba terfikir, mungkin ini amalan mereka. 
4. Mereka kasar sebab di situ ada makam Rasulullah, makam sahabat - sahabat baginda,makam para syuhada' dan macam - macam lagi. Mereka menjaga supaya orang tidak melakukan sesuka hati di tempat - tempat bersejarah.
5. Jika kita salah, mereka akan terus tegur kita. Dan selepas tegur, mereka tidak menyimpan apa - apa perasaan dendam. Semuanya seperti sediakala. Ini pernah terjadi sewaktu aku pertama kali menunaikan solat subuh di Masjid Nabawi. Sudahlah aku sampai lambat di masjid, aku pun solat sendirian, tak solat jemaah. Menjadi rutin di tanah suci, selepas solat fardhu, akan ada solat jenazah. Tapi masa tu aku tak tahu lagi, aku pun duduk diam lepas aku siap solat subuh. Datang seorang mak arab, tegur aku. Dah macam ayam dan itik. Masing - masing tak faham apa yang masing - masing cuba cakapkan. Huhu. 

Apa pun, pengalaman beribadat dan berziarah di Kota Madinah dan Kota Mekah sangat seronok. Tak dapat  digambarkan keseronokkannya. 

Insyaallah, satu hari nanti, akan aku post kan gambar - gambar semasa berada di sana. 
Assalamualaikum ~ 

0 Pengomen Terbaik:

Post a Comment

 

Dek Deng Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template