Entry kali ni berkenaan dengan nilai wang hantaran.
Seperti yang di ketahui umum dalam masyarakat Malaysia, hantaran di berikan oleh pihak pengantin lelaki kepada pihak pengantin perempuan.
Namun, terdapat segelintir masyarakat kita yang saya katakan berfikiran negatif tanpa membuka lembaran yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Ada dua perkara yang ditinggalkan oleh beliau kepada umat nya iaitu Al - Quran dan juga sunnah-nya.
Mereka berpendapat bahawa bila ada majlis perkahwinan berlangsung dengan hanya membuat majlis Yasin dan Tahlil tanpa sebarang resepsi yang besar - besaran, tanpa bersanding, dan sebagainya, terdetik di hati mereka
"Ish, kenapa majlis macam ni dia buat ? "
"Berapa hantaran yang dia dapat ? Belajar tinggi - tinggi dapat tu je ? Anak Si puln binti si pulan yang belajar setakat SPM pun lagi tinggi hantarannya "
"Lelaki tu keje ape ? tak cukup duit ke ? kalau tak cukup kenape nak kahwin ? Entah - entah da berisi la tu "
Masyaallah ! Persoalan yang terakhir tersebut, perhatikan. Fahami. Ayat itu mengandungi unsur fitnah.
Astagfirullah ! Wahai sekalian. Bercakap biar kena pada tempatnya. Tidak adil bagi dia jika kamu berkata macam tu dengan dia.
Memang saya tidak layak untuk menulis tentang ini. Tetapi berdasarkan ceramah yang saya pergi beberapi hari yang lepas, saya dapat rumusan yang tersendiri.
Kenapa ada di antara kita yang berfikiran NEGATIF ?
Kenapa ? Kenapa ?
Kenapa ? Kenapa ?
Bukankah dalam Islam tiu, perkahwinan yang diberkati adalah perkahwinan yang rendah perbelanjaannya ?
Jadi, kenapa perlu susahkan diri untuk berhutang berpuluh ribu untuk majlis resepsi ?
Untuk mendapat pujian ?
Sebab seumur hidup sekali ?
Dan bagaiman pula dengan keberkatan Allah ?
Jika dalam majlis tersebut ada unsur pembaziran, pembaziran itu amalan syaitan. baru nak memulakan hidup baru dah dimulakan dengan perangai syaitan ?
Sepatutnya wang hantaran yang diterima oleh seorang wanita adalah dari pihak lelaki bergantung kepada keupayaan lelaki tersebut dan bukannya dari permintaan dari belah wanita. Contohnya :
"Pak cik, mak cik, setakat ni saya cuma mampu untuk memberi RM7000 sahaja. Kalau RM10,000 itu saya tak mampu"
Jikalau setakat itu kemampuan lelaki tersebut, jangan dipaksa lagi untuk mencari yang lebih. Takut - takut dia akan melakukaj perkara yang tidak sah disisi undang - undang negara .
Duit hantaran sesuatu yang dibuat. Bukan dalam tuntutan agama Islam. Ianya boleh dibuat, Islam tidak melarangnya, tetapi jika ia membebankan sebelah pihak, ianya merupakan perbuatan yang zalim. Dan perbuatan zalim itu merupakan dosa.
Duit hantaran diberikan oleh pihak pengantin lelaki kepada pihak pengantin perempuan adalah untuk meringankan pihak perempuan dalam membuat majlis. Kepada orang lelaki, mereka haruslah jujur dengan keluarga sebelah pihak pengantin perempuan tentang setakat mana kemampuan diri. Jangan di megah - megah kan dengan perbuatan berhutang tersebut. Jangan bermain dengan hutang sesuka hati.
Majlis perkahwinan dilakukan adalah untuk memberitahu kepada saudara mara, sahabat handai, masyarakat setempat tentang pernikahan kita, memperkenalkan pasangan yang halal buat kita. Jangan terlalu mengejar pujian orang ramai tentang majlis kita yang gah, tetapi kejarlah keberkatan dari Allah S.W.T
Coretan saya disini bukan lah untuk merendahkan kaum wanita. Tidak sama sekali. Saya juga wanita yang juga kadang - kala inginkan majlis resepsi saya diadakan dengan meriahnya. Namun, setelah mendengar penjelasan ustaz - ustaz dari ceramah - ceramah yang dihadiri, dapat saya simpulkan bahawa Islam merupakan agama yang mudah dan tidak membebankan umatnya.
0 Pengomen Terbaik:
Post a Comment