Assalamualaikum..
17 April 2013.. Rabu..
Hari Pertama buat aku menaiki bas untuk menjalani latihan praktikal.
Walaupun sudah hampir 3 bulan aku dan kawan - kawan yang lain menjalani latihan praktikal,
TAPI !
Ini kali pertama aku naik bas..
Kebiasaannya aku naik Rey - Rey pergi kerja.
Tapi diatas sebab - sebab yang aku fikirkan rasional, aku perlu naik bas..
Atas nasihat dari Ketua Bidadari saya dan bidadari - bidadari kecil saya..
OK!
Nak tahu apa sebabnya aku kena naik bas ?
FIRST !
5 April 2013 (JUMAAT), kejadian kereta hilang berlaku di Tapak Letak Kereta di Metroparking Jalan Trus, Johor Bahru. berhadapan dengan bangunan LANDMARK (Bangunan tinggi warna kelabu).
Aku dapat tahu kes ni pun hari Isnin. Dengar orang - orang cerita. Aku pun tak senang duduk jadinya.
Dan lagi tak senang duduk bila kereta yang dicuri tu wira !
Aduh la.. Kepala otak ni da fikir, macam mana kalu Rey - Rey yang kena. Tu je la satu - satunya yang aku ada .
Mintak simpang Rey - Rey kena macam tu !
Balik kerja, naik van dari KOMTAR ke tempat parking.
(Tempat parking jauh sebab proses pembangunan KOMTAR baru sedang dijalankan. Kena naik van yang disediakan untuk pergi ke tempat letak kereta)
Bila nak turun dari van, En. Syam selaku pemandu van pesan kepada semua penumpang, lepas ni jaga kereta ya. Pastikan kereta dikunci dengan kunci tambahan.
Aku mengangguk tanda faham.
"Adik.. Adik"..
Eh.. En. Sham panggil aku ke ?
Aku toleh..
Lepas ni jaga kereta ya. Ni kecurian dah berlaku da ni. Saya tengok tingkap kiri awak tu luas sangat awak bukak. Nanti jangan bukak banyak - banyak ya.
Ouhh.. Ok bang.. Thanx ya...
Kaki melangkah ke kereta bersama dengan seorang sahabat. Dalam kepala fikir,
Alamak, Rey-Rey ni tingkap belakang ni memang tak boleh nak naik dah. Ermm...
"Fiza, boleh tak aku hantar ko balik rumah, then aku balik Kota malam ni. Esok aku suruh Mareena repair power window Rey-Rey"
"Ok na. Aku tak kesah"
Hari esoknya, adik aku (Mareena) hantar aku pergi kerja, dan fiza tumpang kawan lagi seorang.
Hari tu jugak adik aku pergi repair kereta. Tukar semua fius dan motor untuk power window.
Tauke tu tanya, Amoi, lu munya centre lock rosak woo.. Manyak bahaya. Wira senang nak culi . Lu nak tengok aaa wa bukak pintu lu dalam masa 3 saat..
Adik : Ala.. Jangan la tauke.. Kalau tukar cente lock suma berapa ?
Jap lagi tauke kedai tu kira - kira, ini hasilnya !
-
-
-
Power Window = RM 480
Centre Lock = RM 500
Perghhhh !!
Tapi disebabkan untuk keselamatan Rey-Rey, buat jugak la..
Nipis la poket aku.. Loan dulu ea dik .. Hehe....
OK !
Settle bab kereta. Bawak pergi kerja dengan senang hati...
Tiba - tiba !!!!!!!
15 April 2013 (Isnin) Petang...
Time aku balik kerja.
Aku balik dengan Fiza masa tu..
Masuk - masuk rumah tengok syiling atap bersepai..
EH !!!
Ada kucing main lari - lari ke atas ni ? Ke ular ?
Masuk je bilik aku, baru je duduk,
Dengar Fiza panggil nama aku..
Aku pergi bilik dia.
Tengok - tengok..
Hambek kau !!!
Bersepah...
Tengok atas jap
Syiling rumah dibukanya !!!
Astagfirullah !!Ya Allah !!
Rumah kiteorang kena pecah ni !
Nampak kesan hitam tapak tangan si penjenayah.
Hadoi. Buat kerja tak licin..
Sembang dengan orang - orang terdekat, ada yang nampak siapa punya kerja.
Haaa !
Terus pergi buat report..
Masa tu aku beritahu adik aku pasal kejadian ni. Adik aku cakap, balik je la rumah. Bahaya la. Mula - mula pecah rumah, lepas ni entah apa pulak..
Aku tanya dengan kawan - kawan aku, jom la pindah rumah, cari bilik sewa lain ke.
Dorang nak, tapi masalahnya, ada ke orang nak sewakan rumah selama sebulan.
Praktikal tinggal sebulan je lagi kot...!
Memang tak ada la gamaknya..
Malam tu aku tidur lagi kat rumah.
Tapi esoknya, adik aku text, menyampaikan pesanan Ketua Bidadari.
"Kak, mak suruh balik. Bahaya duduk sana. Ulang - alik je dari rumah"
Setelah berbincang dengan kawan serumah, aku pun balik rumah. Malam tu jugak aku balik rumah..
Dan pagi - pagi tadi , aku dah naik bas MAJU pergi kerja.
Itulah kesahnya kenapa hari ni aku naik bas. Hehe..
Ok la. !
Selamat Bekerja !!
Sumber : Google
0 Pengomen Terbaik:
Post a Comment