Wasiat

Assalamualaikum.. Bertarikh 22 Mac 2013, di hari Jumaat indah ini tetiba terfikir nak buat wasiat... 
Haaaaa.. Apa ? Wasiat ? 
Eh.. Banyak sangat ke harta minah ni ? 




Haaa...
Berikut nama - nama yang untuk dirujuk ya..
Anita Binti Adap (Ibu Kandung)
Mareena Binti Rosli  ( Saudara Perempuan Seibu Sebapa)
Dayangku Saleha Binti Rosli  ( Saudara Perempuan Seibu Sebapa)

Dalam hati korang, mesti fikir kan...
Eh budak ni.. Berjuta ke harta yang kau ada ? 
Baju pun sesakai je pakai,
ada hati nak buat wasiat.. 

Senyum sebentar...
Menulis wasiat bukan saja untuk menurunkan harta..
Tapi untuk beritahu orang lain dengan siapa mereka perlu rujuk,
untuk membayar segala hutang yang saya ada. 

INGAT ya..
Hutang tak boleh buat main.
Walau hutang 10 sen pun kena bayar.

Ini rujukan yang saya jumpa di internet.

Imam Ibn Abd al-Bar menyatakan dalam kitab al-Istiskar: "Ijmak ulama menyatakan bahawa orang yang meninggalkan hutang wajib berwasiat agar dapat dibayarkan hutang tersebut. Lebih utama jika dia membayar hutangnya semasa hidup. Jika dia telah berwasiat dan meninggalkan hutang untuk membayarnya, maka dia tidak akan terhalang daripada memasuki syurga, Insya-Allah."


Sesiapa yang tidak melangsaikan hutang-hutangnya di dunia, maka para pemilik hak tersebut akan datang menuntutnya di akhirat nanti. Pada hari tersebut, mereka tidak meminta dibayar dengan wang tetapi mereka akan menuntut semua pahala yang memilikinya. Imam Muslim meriwayatkan, pada suatu hari Rasulullah S.A.W. bertanya kepada para sahabatnya yang bermaksud: "Tahukah kamu siapakah orang yang muflis (bankrap)?"

Para sahabat menjawab: "Muflis menurut kami ialah orang yang datang pada hari kiamat dengan (pahala) solat, puasa, zakat. Namun dia pernah mencela, memfitnah, memakan harta, menumpahkan darah dan memukul si polan. Maka orang ini akan datang untuk mengambil pahala-pahalanya. Jika pahalanya telah habis sebelum menyelesaikan semua tuntutan ini, maka dosa-dosa mereka akan dibebankan kepadanya, lalu dia pun dicampakkan ke neraka."

Semoga Allah menjaga kita daripada perkara-perkara yang dapat menghalang kita daripada masuk ke dalam syurga. Amin ya Rab al-'Alamin. Biarkan saya akan menceritakan sebuah kisah dalam zaman Islam dahulu dan membaca kisah dulu ya.


Sumber : 


Dan kalau saya ada berhutang dengan kamu, segeralah berjumpa degan waris - waris di atas. Insyaallah, mereka boleh membayarnya . Ansuran boleh ? :) 




0 Pengomen Terbaik:

Post a Comment

 

Dek Deng Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template