Sumber dari http://eilaroy09.blogspot.com
Allah SWT telah menetapkan bahawa dalam setiap satu minggu ada mengandungi tujuh hari kesemuanya.
Tahukah anda? pada ketujuh-tujuh hari tersebut ada terdapat beberapa peristiwa menarik yang telah dicatatkan oleh para cendikiawan Islam untuk perkongsian kita bersama.
Berikut adalah di antara peristiwa-peristiwa bersejarah tersebut:-
Ahad
- Allah menjadikan alam ini.
- Allah menjadikan bintang-bintang di Langit.
- Allah menjadikan api neraka.
- Allah menjadikan bumi sebanyak tujuh lapis.
- Allah menjadikan tujuh jenis lautan.
- Allah menjadikan tujuh anggota manusia.
Isnin
- Nabi Idris AS dinaikkan Allah ke Langit.
- Nabi Musa AS mengunjungi Bukit Tursina.
- Bukti keEsaan Allah diturunkan.
- Junjungan besar Nabi Muhammad SAW dilahirkan.
- Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW.
- Rasulullah SAW wafat.
Selasa
- Nabi Yahya telah dibunuh.
- Nabi Zakaria telah dibunuh.
- Tukang-tukang sihir Firaun telah ditewaskan.
- Asiah isteri Firaun mati dibunuh.
- Lembu Bani Israel dibunuh.
- Habil dibunuh oleh Qabil.
Rabu
- Qarun hancur binasa dimusnahkan oleh Allah SWT.
- Firaun dan bala tenteranya hancur binasa.
- Raja Namrud ditewaskan oleh tentera nyamuk.
- Umat Nabi Salleh AS dihancurkan dengan teriakan keras dari Malaikat Jibril AS.
- Umat Nabi Hud AS dihancurkan Allah dengan angin taufan yang kuat.
Khamis
- Nabi Ibrahim AS memasuki Kerajaan Mesir.
- Saudara nabi Yusuf AS telah menemuinya semula di Mesir setelah terpisah sekian lama.
- Nabi Yaacob AS bertemu dengan anaknya semula iaitu Nabi Yusuf AS di Mesir.
- Nabi Muhammad SAW memasuki kota Mekah.
Jumaat
- Nabi Adam AS berkahwin dengan Siti Hawa.
- Nabi Yusuf AS berkahwin dengan Zulaikha.
- Nabi Musa AS berkahwin dengan Siti Safura yakin anak kepada Nabi Syuaib AS.
- Nabi Sulaiman AS berkahwin dengan Puteri Balqis.
- Rasulullah SAW berkahwin dengan Siti Khadijah.
- Rasulullah SAW berkahwin dengan Siti Aishah.
- Ali bin Abu Thalib RA berkahwin dengan Siti Fatimah Binti Muhammad Rasulullah SAW.
Sabtu
- Nabi Nuh AS diperolok-olokkan oleh kaumnya.
- Nabi Salleh AS ditipu oleh umatnya.
- Nabi Yusuf AS ditipu oleh saudara-saudaranya.
- Nabi Musa AS ditindas oleh Firaun.
- Nabi Isa AS diperdaya oleh kaum Yahudi.
- Nabi Muhammad SAW menjadi Pengerusi di sidang Darul Nadwah.
0 Pengomen Terbaik:
Post a Comment