Dimanakah cantik seorang wanita ?




Minggu lepas, aku dan kawan aku pergi satu ceramah ni.
Tak expect nak pergi sebab sebelum tu ada hal lain.
Tapi disebabkan settle cepat, sempat pergi menjengahkan diri kat program tu.
Kenapa aku pergi ?
Aiyah ! Of course la aku nak pergi. 
Sebab tajuknya sangat dekat aku.
Dimanakah cantiknya seorang wanita 

Ustaz Hafiz Badaruzzaman telah dipanggil untuk memberikan ceramah.
Dan untuk pengetahuan kau orang, Ustaz ni adalah lecturer Undang - Undang Keusahawan aku.
Memang tak ngantuk dalam kelas dia. Macam - macam input kite orang dapat. 

Eh... Sudah - sudah.
Meyh aku share apa yang aku dapat masa aku join program tu. 
Ok. Sila baca yang seterusnya ok.

_____________________________________________________________________

Wanita dijadikan sebagai penenang kepada lelaki.
Memang itu realiti dan hukumnya.
Wanita dijadikan dari tulang rusuk yang sangat dekat dengan hati. 
Sebab itu la wanita lebih beremosi dan sensitif.


Hawa diciptakan dari tulang rusuk Adam ketika Adam sedang tidur. 
Tetapi Habil dan Qabil dilahirkan dari perut Hawa dan Hawa di dalam keadaan sedar!
Pernahkah terfikir, betapa hebatnya seorang wanita ? 
Ya ! Itulah hebatnya wanita.

Wanita - wanita di luar sana.
Bersyukurlah kerana kamu dilahirkan sebagai seorang wanita.
Wanita bersifat hati, kerana tulang rusuk dekat dengan hati. 
Naluri hati perempuan sangat kuat. 

Apakah ciri - ciri wanita yang cantik ? 
Cantik itu abstrak dan objektif kan ?
Ada yang itu dia cantik, ada yang kata tidak.
Masing - masing mempunyai pandangan yang tersendiri.

Islam telah menggariskan cara untuk mencari pasangan hidup.
Untuk mencari pasangan hidup, pilihlah mengikut keturunan, harta, kecantikan, dan agamanya.
Namun yang diutamakan adalah kerana agamanya. 
Dengan tetapnya pendirian agamanya, akan dapat yang selebihnya.

Wanita yang cantik ialah wanita yang pulang ke syurga.
 Syurga merupakan tempat asal bagi seorang wanita.
Dunia ini hanyalah R&R semata - mata.
Dan yang dipertnaggungjawabkan untuk memulangkan semula wanita ini ke syuga adalah seorang lelaki, seorang suami. 
Suami ! Didik isteri anda sebaik mungkin, hantarlah wanita ini ke tempat asal mereka. 
Jangan biarkan mereka pergi meliar ke tempat lain. 

Selain itu, aku pun nak share tentang apakah perkara yang menjamin wanita masuk ke dalam syurga. Mesti kita tertanya - tanya kan, apa ciri - cirinya..

Ciri - ciri nya adalah :
  1. Wanita yang menunaikan solat.
  2. Wanita yang menjaga puasanya.
  3. Wanita yang menjaga farajnya.
  4. Wanita yang taat kepada suaminya.
Solat. Perkara yang cukup mudah untuk untuk kita semua masuk kedalam syurga tapi yang paling susah untuk dilaksanakan. Betul kan ? Kita selalu melengah - lengahkan masa solat kita. Kita ambil mudah dengan perintah Allah. Kenapa ya ? 
Solat yang paling susah untuk dilakukan adalah solat Subuh dan Isyak ? 
Ha... Betul takk? Betul kan ? Kan .. Kan.. Kan..
Sebabnya Subuh ni kita baru nak bangun tidur. Rasa malas je nak bangun kan. Dan yang Isyak pulak sebab waktunya yang sangat panjang membuatkan kita terlalu suka melewatkan solat. 
Tapi tahu tak, jika tak tunaikan solat, kita sudah di anggap syirik.
YA !! Syirik !! 
Astagfirullah~
Wahai wanita, jagalah solat anda ~ Jaga ia. Pegang solat itu sebaik mungkin.


Ustaz ni pun share pasal rumahtangga. Contohnya, ustaz cakap seorang isteri perlu taat kepada seorang suami.
Alang - alang dah bercinta, biarlah cinta itu sampai ke syurga. 
Seorang isteri kena senyum pada suami walaupun isteri dalam keadaan penat.
Ustaz pun cakap, kalau suami dan isteri berpegangan tangan, akan gugurlah dosa - dosa antara mereka.
Dan jika suami dan isteri memandang di antara satu sama lain dengan perasaan kasih sayang, 
maka Allah juga akan memandang pasangan ini dengan perasaan kasih dan sayang. 
Allah Maha Mengasihi dan Maha Penyayang.
Seorang isteri juga wajib untuk mengikut perintah suami selagi tidak melanggar Islam.
Look ! Allah mudahkan kita untuk menerima pahala. 
Allah sayangkan kita.
Islam itu mudah !
Tapi kenapa kita susahkan diri ea ?
Kenapa bila ada yang nikah pada usia muda, banyak sangat mulut - mulut yang tak menyenangkan ni berkata itu dan ini ? Kenapa dan kenapa ? 
Pelik sangat ke nikah awal ? 
Tak sedia ? Kewangan tak kukuh?
Then kalau buat maksiat, pegang - pegang tangan itu ape eyh ? Dah ready untuk masuk neraka ? 
Macam itu ke fahaman kita ? 
Kenapa kita tak faham yang Allah mudahkan urusan hambanya.
Dalam Islam pun tak ada mahar yang tinggi - tinggi. 
Perkahwinan yang berkat adalah perkahwinan yang rendah maharnya.
Dan bagi aku, aku tak kisah kalau majlis perkahwinan aku di buat secara sederhana.
Tak bersanding pun tak pe.
Bagi aku kenduri doa selamat lagi penting. 
Bila aku tulis macam ni, mesti macam - macam yang berkata dalam hati kau orang kan ? 
Tak pe. 
Ini hanya pendapat aku.
Aku pun tak tahu perkahwinan aku nanti macam mana, tapi yang penting, aku nak yang sederhana.
Yang tak membebankan mana - mana pihak.




0 Pengomen Terbaik:

Post a Comment

 

Dek Deng Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template