Budaya hormat : Pada siapa ?

Hormat. Kita selalu dengar, sebut tentang hormat. 
Mak ayah kita ajar tentang hormat.Salam dan tunduk hormat pada mereka yang lebih tua daripada kita.



Hormat kepada kedua ibu bapa sangat penting dan sangat di tekan kan di dalam Islam . Terdapat bukti di dalam Al - Quran :

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa…” (al-Ahqaf, 46: 15)

“Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘ah’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (al-Isra’, 17: 23 )

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku pada waktu kecil” (al-Isra’, 17: 24)


Dan ini pula berdasarkan hadith : 

“Bukanlah daripada golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami.” (Hadis riwayat Tabrani).

"Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)





Selain dari hormat kepada ibu bapa, ada juga keadaan macam ni : 
-
-
-
-
-
-
-
-

1.  Pak cik kita yang berumur 2 tahun lebih muda dari kita. 
ATAU 
2 Jika kita berada dalam sesebuah organinsasi, orang bawahan kita lagi tua dari kita.



Jika anda berada dalam salah satu situasi seperti di atas, apa yang perlu dilakukan ?
Ok. Bagi saya, kedua - dua situasi di atas, kita perlu hormat. Bagi kes 1,kita hormat kerana pangkat pak cik. Umur pak cik lebih muda dari kita. 
Tapi kita sebagai anak buah, perlu hormat dia kerana dia mempunyai pangkat yang lebih besar dalam keluarga. Bukan di minta untuk sembah kaki atau sebagainya. 

Bagi kes 2 , tentang staf bawahan yang lebih tua dari kita. Anda sebagai seorang pengurus contohnya, bagaimana anda mengendalikan hal sedemikian ? Perlu layan dia sama seperti anda layan staf yang sebaya dengan anda ? Tidak. Bagi saya, itu tidak betul. Jika anda mempunyai staf yang lebih tua dari anda, anda perlu menghormati mereka seperti menghormati orang tua lain. Jika tegur, tegurlah dengan cara yang lebih lembut, bukan dengan cara marah - marah. Mereka mempunyai tahap sensetiviti yang berbeza dengan kita. 

Yes
Kita berdarah muda dan selalu cepat marah dan tidak puas hati jika ada kesalahan lebih - lebih lagi bila di push oleh pihak atasan. Tetapi harus di ingat, mereka juga manusia. Boleh marah, tetapi kalau boleh, marah dengan cara yang lebih profesional. 


 *Motif entry ini adalah untuk mengajak semua blogger supaya saling hormat menghormati. Bukan setakat dengan orang yang berpangkat dan yang lebih tua dari kita, tetapi dengan yang lebih muda juga perlu. Tak rugi bersikap hormat kepada orang. Malah semakin disenangi oleh mereka.  *

0 Pengomen Terbaik:

Post a Comment

 

Dek Deng Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template